4.19.2012

Memori.

Selamat semua. Masa telah berlalu dan kin adalah 20 April 2012. Aku tahu lama menyepi.

Mengimbas kembali memori, pada tahun 2009 dan 2010. Pada tahun itu, tercatat segala macam memori didalam benak sanubari ku. Chrysalis. Satu nama yang tidak gah pada mata dunia tetapi cukup gah bagi 88 orang pelajar  MRSM MZMS 09/10. Tidak aku malu untuk aku mengaku. Walaupun telah 2 tahun tidak kami berkumpul seperti dahulu, tidak berhubung seperti dahulu, tetapi segala memori bersama tetap aku imbas sebelum aku tidur, dan tidak aku bohong bahawa bilik aku masih lagi mempunyai banyak, yang teramat banyak gambar Chrysalis.

Semua telah mengikut haluan masing-masing. Ada yang masih berada di tanah air, ada di Jordan ada di Rusia, ada yang menjadi tentera juga. Kami semua masih berjuang seperti SPM dahulu kerana nilai-nilai yang diterapkan oleh guru-guru kami dulu masih kami semat dalam jiwa kami. 

Yang sebenarnya, aku rindu pada mereka. Ye, ke semua 88 orang mereka. Aku rindu akan suasana ceria yang aku yakin tidak akan dapat dimana-mana aku berada. Aku rindu akan muka-muka yang memberi aku semangat, dorongan, nasihat dan yang aku boleh panggil sahabat yang sebenar, yang tidak akan aku dapat di UiTM PP. 2 tahun kami bersama, dan aku yakin insyaAllah persahabatan yang terjalin akan tetap kukuh. Amin.

*aku rindu hendak sembahyang berjemaah dan duduk membaca Yasin dalam halaqah beramai-ramai di Musolla.*

Ya Allah, aku sangat rindu pada mereka. Engkau lindungilah mereka walau dimana mereka berada, berikan lah kejayaan pada mereka dan engkau kekalkan lah persahabatan kami ini seramai 88 orang. Amin.




1.12.2012

Terukir di bintang :')

Hello people. Long time no see ha? Uhh!


Ku hanya mampu jadi milik mu. Pastikan kau bahagia. Hati ku ini bukan milik ku lagi. Sayang kau jangan persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku pada mu.
-Yuna : Terukir di Bintang- 
 I don't mind if you are far away. I'll be waiting for you anyway. Under the sky of sunshine or rain. I know I'm gonna be in your arms again
-Yuna : Memo- 


#    Hidup ini banyak dugaan, tapi setiap dugaan itu adalah sebagai pendorong untuk kita supaya kita terus maju dalam hidup. Dan kita perlu ingat, di sebalik setiap kejayaan, terdapatnya satu kumpulan yang berdiri teguh di belakang sebagai penyokong. Kita mungkin tidak sedar semua itu, tetapi hargai lah mereka mulai detik ini. *self note :')*


#    Aku tak mengharapkan perhatian kau mahupun apa sahaja dari kau kerana aku tidak mahu memaksa diri kau. Berdirinya kau disebelah aku tanpa secebis senyuman, memang amat pedih untuk aku terima tapi aku sedar. Aku hanya lah insan biasa yang tidak mampu memaksa kau. Kau nak cakap dengan aku atau tidak, mahu senyum atau tidak, ikut kau. Tapi memang hati aku terguris. Kalau hati kau ada terguris dengan tingkah laku aku sebelum ni, aku minta maaf. Cuma satu yang aku minta, tolong jangan libatkan "diri aku yang kedua" dalam hal kita. Berlaku adil aku mohon wahai teman ;)


#    Minta maaf, hati saya bersama si dia dan hati si dia bersama saya. Turun dan naik antara kami adalah sangat kerap tapi cinta antara kami tetap menaik tanpa adanye turun. Kebahagiaan saya akan terpancar apabila bersama si dia. Hilang segala duka lara saya apabila terkenang akan senyuman manis si dia. Adanya si dia setiap detik di hati saya. Walau berjauhan, hati kami tetap bersama. Dan insyaAllah restu akan kami nanti bersama :')



Peneman di malam hari :') 

12.10.2011

Long lost.

Hai, lama tak jumpa :) Sebulan menghilang pelbagai cerita ada. Yang indah, yang pedih, yang suram. Pelbagai. Tapi takpe. Asam garam kehidupan. Biasalah kan.



Nak buat wishlist bole? Em. Em. Em.

#1.   Saya nak kita berempat bersatu kembali. Macam dulu-dulu. Macam awal sem haritu. Aku rindu kita berempat. Gelak tawa kita. Boleh kita duduk berbincang dan selesaikan? :')

#2.   Saya nak Pok Leh tahu yang saya sayang dia. Sangat. Sangat. *Ha mula la semua gelabah ingat aku curang. Hahaha* Faham wahai Mohd. Adi Azraei? :')

#3.   Mama, saya nak bawak kereta ke UiTM boleh tak? Penat lah naik prebet dan naik bas nak pergi mane-mane. Please? Em.

#4.   Saya nak Second Familia saya yang dulu. Saya rindu nak lepak berbelas-belas org. Skrg paling ramai pun 10 orang. Mane lagi 6 orang? Hm. Rindu ni. :')