Mengimbas kembali memori, pada tahun 2009 dan 2010. Pada tahun itu, tercatat segala macam memori didalam benak sanubari ku. Chrysalis. Satu nama yang tidak gah pada mata dunia tetapi cukup gah bagi 88 orang pelajar MRSM MZMS 09/10. Tidak aku malu untuk aku mengaku. Walaupun telah 2 tahun tidak kami berkumpul seperti dahulu, tidak berhubung seperti dahulu, tetapi segala memori bersama tetap aku imbas sebelum aku tidur, dan tidak aku bohong bahawa bilik aku masih lagi mempunyai banyak, yang teramat banyak gambar Chrysalis.
Semua telah mengikut haluan masing-masing. Ada yang masih berada di tanah air, ada di Jordan ada di Rusia, ada yang menjadi tentera juga. Kami semua masih berjuang seperti SPM dahulu kerana nilai-nilai yang diterapkan oleh guru-guru kami dulu masih kami semat dalam jiwa kami.
Yang sebenarnya, aku rindu pada mereka. Ye, ke semua 88 orang mereka. Aku rindu akan suasana ceria yang aku yakin tidak akan dapat dimana-mana aku berada. Aku rindu akan muka-muka yang memberi aku semangat, dorongan, nasihat dan yang aku boleh panggil sahabat yang sebenar, yang tidak akan aku dapat di UiTM PP. 2 tahun kami bersama, dan aku yakin insyaAllah persahabatan yang terjalin akan tetap kukuh. Amin.
*aku rindu hendak sembahyang berjemaah dan duduk membaca Yasin dalam halaqah beramai-ramai di Musolla.*
Ya Allah, aku sangat rindu pada mereka. Engkau lindungilah mereka walau dimana mereka berada, berikan lah kejayaan pada mereka dan engkau kekalkan lah persahabatan kami ini seramai 88 orang. Amin.
No comments:
Post a Comment