3.20.2011

Sijil Pelajaran Malaysia 2010 *Chrysalis

Pada tanggal 23 November 2010, kesemua manusia yang dilahirkan pada tahun 1993 di arah menduduki peperiksaan yang bakal menentukan masa depan masing-masing. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). Aku tak tahu apa yang terjadi kepada dunia semasa ketika itu. Yang hanya aku tahu, nak habis paper cepat! Haha. Chrysalis sahaja yang memahami perasaan masing-masing. Duduk di dalam PSP hari-hari, pagi petang siang malam. Memang berjuta kenangan kita bersama kan? Tarikh 8 Disember 2010, terpancar senyuman yang besar di muka setiap Chrysalis *kecuali yang ambik account 9 Disember 2010* sebab SPM habis! Haha walaupun Paper 3 Biologi sangat memberangsangkan otak kami, tetapi kami masih mampu tersenyum :) pada masa itu, terpancar kegembiraan kesemuanya. Yang balik, dengan bahagia mengangkut beg. Yang stay, bergembira mengelilingi maktab tercinta buat kali terakhir. Yang account, di PSP. Eh? Haha takpe kami yang tinggal teman ye :) Kami pun menghabiskan waktu bersama-sama hingga kesemuanya pulang.


ingat lagi medan peperangan kita?

 RINDUNYA DEKAT CHRYSALIS!


all of us :) 

23 Mac 2011 pula merupakan tarikh keramat bagi manusia 1993. Result SPM akan diumumkan! Ya Allah. Debo rapak! Sumpah tidur ku tak lena, makan ku tak selera. Result punya sebab lah ni! Eh? Adakah cukup segala usaha ku selama ni? Dapat capai target ke? Eh? Naling bhaiii! Tak lupa, Chrysalis bukan sahaja looking forward untuk result, tetapi kami juga sangat looking forward untuk jumpa beramai-ramai. Melepaskan rindu. Almaklum, sebelum ni mengadap muka yang sama hari-hari tapi tiba-tiba tak jumpa 3 bulan. Tak terkata rindu! Tapi tapi RESULT SPM TU! Haih, ada menggigil satu badan rabu ni. 2 HARI LAGI! Kejap nak nangis. Takut! Eh? Hmm.




Ya Allah, engkau kurniakan lah yang terbaik buat aku dan rakan-rakan ku untuk result SPM ini. Sesungguhnya kami telah berusaha sepenuh hati kami. Engkau tabahkan lah hati kami untuk menerima segala ketentuan Mu sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Ya Allah, engkau makbulkan lah segala doa-doa kami sesungguhnya kami telah berusaha, dan jalan yang terakhir hanyalah untuk berserah kepada Mu. Kami mohon Ya Allah. AMIN.

No comments:

Post a Comment