Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Yes memang aku bersemangat nak pergi interview ni. SANGAT. Jadi, bila dah sampai hari yang ditunggu, pergi la dengan penuh semangat. Di Kem Terendak, Melaka. Sampai-sampai je terus naik trak askar dgn beg yang sungguh amat besar. Dah la pakai baju kurung. HAHA okay ayu tak bertempat kan aku :) Selepas iti, pergi la ke dewan pendaftaran. Nak daftar tu, Allah, PANJANGNYA! Jadi tunggu punye tunggu, samapi la turn nak daftar. Terus pergi naik penimbang.
"Okay berat die **, tinggi die ***"
"Tuan, betul ke berat saya tu? Saya baru timbang semalam. Tak la sampai macamtu."
"Takpe, pergi buat yang lain dulu. Nanti kita bincang"
"Siapa kadet yang BMI dia lebih dari 23.0 , mata lebih dr 6/18, tinggi kurang dr 157 bg perempuan dan 162 bg lelaki, sila hantar borang ke saya sekarang"
Ha memang aku kena hantar la kan. BMI aku je dah 25.0. Damn you shit -.-' Dah hantar, tunggu lagi, Capek, Sha dengan Afiq lepas. Aku dengan Aidil la macam kerang busuk en. Aidil pandang aku,
"D, takpe. Saba la. Kita boleh punye. Tak boleh nanti kta merayu kay? Aku ade. Jangan risau"
"KITORANG PUN ADA!" *sayangnye kat korang :')
Tunggu tunggu tunggu. Takde pun nombor IC aku dengan Aidil.
"Yang kadet ada dokumen, boleh keluar pergi makan, sembahyang jumaat. Pergi sembahyang naik trak okay. Gerak sekarang"
Aku pun duduk la dengan Aidil macam orang hilang anak. Dah la panas. *dewan tu tak pasang aircond* Lepastu die pun pgl lagi kadet. Tapi aku dengan Aidil takde jugak. Tiba-tiba
"****, Nurul Nadiah Khaseran!"
"Yes, Sir!"
"****, Fatiha ......!"
"Yes, Sir!"
"Diri kat depan ni, sebelah-sebelah. Bukak kasut"
Aku pun buat la apa die suruh. Die tenung punye tenung,
"Fatiha, saya bagi awak peluang. Malam ni awak makan 3 pinggan faham?"
"Nadia, saya minta maaf ye. BMI awak. Maaf sangat"
Aku pun bagi senyum simpul aku, pusing duduk sebelah Aidil balik. Tak sempat Aidil nak cakap pape, nama die kena panggil. Die pun tak dapat sebab tinggi tak cukup. Okay.
"D, jangan sedih okay. Aku pun tak dapat. Kita balik sama-sama kay. Jom."
"Capek?Afiq?Sha?"
"Okay kita tunggu diorg. Jom" *Aidil memang sweet macamtu.haha
Keluar dewan, duduk bawah pokok dengan Aidil, tunggu yang laen balik dari sembahyang jumaat *yang tak lps tak pergi sembahyang jumaat :O* Sampai je trak, muncul lah Capek, Sha dengan Afiq.
"Wei, tolong kata lepas pleaseeeeee", sha
*dua-dua geleng kepala*
"Haih, jangan sedih tau korang. Banyak lagi peluang", capek
*dua-dua senyum kelat*
Jadi, diorang teman la aku dengan Aidil carik beg yang tah kemana tah askar-askar ni dah alih. Dah dapat beg, duduk la aku dengan Aidil bawah pokok tunggu parents ambik dan balik :)
Jadi, takpe. Ini sebagai pengalaman. Yes aku sedih jugak sebab aku memang nak sangat masuk Tapi takde rezeki. Nak buat cemane kan :)
Untuk Capek, Sha dengan Afiq, korang buat elok2 dekat sana! Aku dengan Aidil tunggu korang balik :) Caiyok!
Untuk Aini, Hadin, Legang, thank you sebab tenang kan aku tadi. Korang the best :')
Okay Assalamualaikum <3
No comments:
Post a Comment