5.07.2011

Bersabarlah.

Memang syok Family Day hari ni. *sebab aku menang Cik Siti Wan Kembang HAHA* kay kay. Let it be.  Past is past kan.

Semalam semua huru hara buka UPU sampai aku nak bukak pun tak dapat -.- Nasib Dania ada untuk tolong. Ala iloveyou hehe. Alhamdulillah, Diploma In Electric (Electronic) Engineering, UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan rezeki aku. Jujur aku kata semasa Dania cakap yg aku dapat EE ni, memang luluh jantung aku. Aku memang frust. FRUST SANGAT. Sebab otak aku dah set yang aku nak masuk UTM, Diploma in Aeronautic Engineering. Tuptup tak dapat kan. Aku tengok pula kawan-kawan aku yang lain. Syukur Alhamdulillah, mereka dapat apa yang mereka nak. Sarah Izuddin, Farah Nabilah, Aini Syafiqah, Nurul Syazviena, Farah Hazwani, Nabila Nor Azman, Fatin Nur Amelia dan ramai lagi la. Bila diorg mesej aku yang diorg gembira dapat apa yang mereka impikan, aku sedih. Aku tak dapat apa yang aku impikan pun. Tiba tiba ada seorang hamba Allah mesej.

"Nadee, I takdapat UPU. Nak nangis rasa"

Yang aku speechless habis. Tak tahu nak cakap ape. Aku terdiam. Tiba-tiba, ada seorang lagi hamba Allah mesej

"Nadee, bersyukurlah. Mungkin itu yang terbaik untuk kau. Allah tahu segalanya. Jangan sedih ye"

Aku bersyukur ada kawan yang sangat prihatin terhadap aku. Yang selalu mengingatkan aku tentang Allah dan betapa hebat dan baik nya Allah itu. Terima kasih aku sayang kau Aini Syafiqah. Jadi, aku terus berkata pada diri aku. Walau apa pun yang aku ceburi nanti, akan aku berusaha bersungguh-sungguh sebab ini la masa untuk aku tetapkan masa depan aku. Ini la masanya. Cukup la dulu aku main-ain. Sekarang FOCUS. Ingat, mama baba, jasa dan pengorbanan mereka semua. Yes akan aku lakukan InsyaAllah. Aku ada Allah, aku mampu insyaAllah. Rezeki ada dimana-mana cuma perlu berusaha untuk menggenggamnya dengan rapi.

Untuk yang tak dapat IPTA tu, aku taknak comment apa-apa. Cuma aku nak cakap, ingat, UPU ada panggilan kedua. Dan ingat juga, Allah lebih mengetahui hidup kita. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya perlu berdoa untuk diberi petunjuk yang sebenarnya. Mungkin apa yang kita pilih sebenarnya tidak sesuai untuk kita. Fikir positif kawan-kawan. Don't be too paranoid. Semua orang pandai. Semua org ada rezeki masing-masing. Buatla cari gali. Eh? Itu Petroleum Engineering. Hehe mungkin rezeki anda bukan di sini. Ingat la kawan-kawan. Walau apa jua, Allah dan ibu bapa dan juga rakan-rakan yang setia akan selalu berada bersama anda untuk memberi sokongan. Selagi mampu aku tolong :)

Assalamualaikum semua.

No comments:

Post a Comment