"Kenapa kau ingat hidup kau macam sampah? Cukup makan kan? Mak ayah ada lagi kan? Dah tu org yg kebulur, yatim piatu tu hidup macam ape? Loji taik?"
"sape cakap kat kau yang dia tak appreciate kau? Orang kalau sayang, tak cakap tau."
"I tak tahu ape kena dengan you, tapi whatever happen, i akan tetap sayang you."
"The best thing is you tadah tangan dan doa, then you'll find the answer."
Itu hanya secebis dari segunung nasihat dan kata-kata semangat dari kawan-kawan atau lebih senang diperkatakan, abang dan kakak saya :) Aku akui aku tidaklah sematang dari segi rupa aku. Bak kata Muizz
Zaimi, "kau lah kiddo!" Haha. Tapi aku masih ade sekelumit perasaan yang mengimpikan walaupun secebis kasih sayang dari kawan-kawan yang dianggap sebagai adik,kakak dan abang. Mungkin sesiapa yang mengenali aku, mereka tahu apa yang aku rasa. Tapi setelah difikirkan kembali, mengapa aku mengimpikan perkara sebegitu? Tidak cukupkan segala curahan kasih sayang sebelum ini? TIDAK! Aku bersyukur dengan segala yang aku ada. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur. Aku gembira dengan segala kurniaan Mu. Aku mempunyai keluarga yang bahagia, walaupun aku keseorangan tetapi ibu bapa aku sangat memahami. Aku mempunyai sahabat yang sangat memahami kerenah buruk baik aku, yang menjadi tulang belakang aku sekiranya aku tidak mampu berdiri. Mungkin bila sesetengah daripada manusia melihat aku seolah-olah aku kurang kasih sayang daripada orang sekeliling. Mereka salah. Aku mendapat cukup malah melimpah kasih sayang dari orang sekeliling. Tetapi malangnya aku masih mencari kasih sayang dari dalam diri aku sendiri untuk aku sendiri. Orang selalu memperkatakan bahawa kalau kita tak menyayangi diri kita, tiada gunanya orang menyayangi kita. Disitu ada terselit seribu juta makna bagi aku. Aku tak meminta banyak. Aku hanya meminta orang disekeliling aku untuk memahami aku. Itu sahaja. Tak susahkan?

*Oh aku lupa nak memperkenal kan dua warna di atas tu. Yang ungu itu Abang Rockstar saya, yang biru itu Hana tajima saya :)
No comments:
Post a Comment