3.16.2011

Questions.

Otak yang serabut bagai karam dilautan membuat aku hendak menangis sekarang juga tanpa berhenti. Hoi ayat. Aku tahu macam dikala bulan mengambang. Dah diam jangan gelak mahupun buat muka comel. Otak yang serabut lead to nothing. Aku tak tahu aku nak buat ape, nak pikir ape, nak selesaikan yang mane satu. Last skali aku terpikir nak rest kan otak, malangnya sampai ke mimpi otak ke serabut. Pailang habis -.-'



Diam wahai kawan baik jangan bising.

Zaman muda mudi dulu tak reti nak pujuk hati supaya jangan nangis. Yang tahu itu ini itu ini, menangis, melalak. Haih, hidup kan. Memang penuh pancaroba. Di kemudian hari, pandai dah otak cari jalan penyelesaian walaupun tak selesai mane pun kira-kira dia. Tambah pangkah lagi besar ade lah. Tak mengapa, COBAAN :) Haha aku tahu siapa yang kenal aku mesti tak percaya aku cakap macamni kan. Hehe hati tak boleh baca la sayang. Hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu. Takpe saya mampu dengan bantuan dari Allah, insyaAllah. Okay ini hidup realiti kan kawan-kawan. Penuh dugaan tak kira masa. Orang menilai kita tak kira tempat. Perasaan dan ego terlebih dahulu mendahului daripada belas kasihan dan kasih sayang. Itu lah hidup. Tapi kenapa kita semua taknak berubah? Kenapa kita rasa selesa dengan semua ni? Sedangkan ramai orang yang terseksa disebabkan oleh kelakuan kita yang kita anggap betul itu. Kita kena fikir akan perasaan orang mahupun masa yang akan datang. Ingat, karma berlaku. Ini bukan cakap sembarangan. Ape yang kita buat pada seseorang, kita akan dapat balik. Aku tahu, aku pernah rasa. Tak tipu, cukup pedih semua tu. Tapi aku terima seadanya sebab aku tahu aku yang salah. Aku tahu aku yang mintak benda ni semua berlaku. Tapi cukuplah aku seorang sahaja yang kena. Aku sayang kawan-kawan aku. Aku taknak tgk kawan-kawan aku sedih hanya disebabkan terlalu mengikut perasaan yang memberontak dan tidak tahu bersyukur. 



Siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya.Mohon maaf.

No comments:

Post a Comment